Tawaran Permohonan eGtukar bagi Pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi tahun 2020, kementerian pendidikan malaysia.
Adalah dimaklumkan permohonan pertukaran guru bagi sesi jun 2020 dan sesi januari 2021 melalui modul e-gtukar akan dibuka mulai:
AKAN DIKEMASKINI
Kepada yang ingin membuat permohonan pastikan membuat semakan maklumat & tindakan pembetulan maklumat peribadi melalui laman web e-operasi dengan segera sebelum mengisi permohonan pertukaran, sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing
Syarat-syarat umum permohonan eGtukar 2020
  1. Kementerian pendidikan malaysia (kpm) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
  2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.
  3. Kpm tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.
  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di kpm
  5. Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran:
  • Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc).
  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  • Guru dg42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
  1. Semua jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
  2. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan.
  3. Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.
Laman Web egtukar: https://epgo.moe.gov.my
Advertisement