Friday, March 6, 2020

PERMOHONAN ONLINE KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) - AMBILAN JUN 2020


Permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA atau KPM bagi ambilan Jun 2020 
telah pun dibuka bermula .. 27 Februari 2020
Kepada adik-adik lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian peringkat diploma,
anda boleh memohon secara online di portal rasmi MARA.
Permohonan akan ditutup pada : 1 APRIL 2020
Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting tentang syarat kemasukan ke KPM.

PERMOHONAN KOLEJ PROFESIONAL MARA KPM

Setiap permohonan ke Kolej Profesional MARA diuruskan oleh Unit Pusat Institusi
MARA (UPIM).
UPIM ditugaskan memproses permohonan pemohon dan menyelaras penempatan pemohon
yang berjaya.
Selain itu, UPIM juga menguruskan pengambilan pelajar-pelajar ke Institut-Institut Pendidikan
MARA lain seperti:
  • UniKL
  • German-Malaysian Institute
  • Kolej Poly-Tech MARA
  • Kolej MARA
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA
  • Kolej KETENGAH International College
  • GIATMARA
Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
di talian 03-261 34074 / 34075 / 34076 / 34077 / 34081

SYARAT KELAYAKAN

Syarat am bagi mengikuti program Diploma di Kolej Profesional MARA mestilah
Bumiputera lepasan SPM.
Syarat khusus berbeza mengikut program pengajian yang ditawarkan.
Anda boleh rujuk Info UPIM untuk senarai syarat kemasukan KPM 2020.

SENARAI KPM

Berikut dikongsikan secara Kolej Profesional MARA KPM seluruh Malaysia beserta
program-program yang ditawarkan.
KPM Ayer Molek
  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Business Studies
  • Certified Accounting Technician (CAT)
KPM Beranang
  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Business Studies
  • Diploma in Computer Science
  • Diploma in Landscape and Horticulture
KPM Indera Mahkota
  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Computer Networking
  • Diploma in English Communication
  • Diploma in Creative Digital Media Production
  • Intensive English Programme
KPM Bandar Penawar
  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Integrated Logistics Management
KPM Seri Iskandar
  • Diploma in Marketing
  • Diploma in International Business
  • Diploma in English Communication
  • Diploma in Business Information Technology
  • Intensive English Programme
KPM Bandar Melaka
  • Diploma in Entrepreneurship
  • Diploma in Islamic Banking & Finance
  • Diploma in Halal Industry Compliance
Untuk memohon, sila layari portal rasmi

=> http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
Status permohonan boleh disemak 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan
pada 1 April nanti.
Pengajian di KPM tidak memerlukan pinjaman MARA memandangkan ianya kolej
bantuan penuh kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.
Pelajar hanya perlu menyediakan wang pendaftaran, buku teks dan lain-lain
 pembayaran keperluan pengajian di KPM.
Semua pelajar tahun 1 (semester 1 & 2) diwajibkan tinggal di asrama. Selepas itu
ianya bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.
Dan pelajar tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri untuk ke kolej.
Untuk maklumat lanjut anda boleh ke alamat berikut:
UNIT PUSAT INSTITUSI MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA,
TINGKAT 12 IBU PEJABAT MARA JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR
Atau emel ke upim@mara.gov.my

Mohon Sekarang!!