PERMOHONAN UPU ONLINE 2020-2021 KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, ILKA DAN KOLEJ KOMUNITI
Kementerian Pengajian Tinggi, melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) akan mengumumkan tarikh dan waktu untuk membuat permohonan melalui UPU online.
UPU Online adalah sistem atas talian yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar membuar permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPTA dan Politeknik. Program yang dibuka termasuklah dari peringkat asasi, diploma dan ijazah sarjana. Calon yang berminat disarankan menyenaraikan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi berdasarkan lulusan pengajian calon sebelum ini.
Calon perlu peka dengan tarikh-tarikh penting yang akan dihebahkan melaui BPKP. Calon juga perlu membeli nombor pin unik di Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh yang akan dimaklumkan. Bagi setiap pembelian calon perlu membayar RM 15.60 sahaja di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia.
Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan tarikh rasmi permohonan dibuka serta lain-lain info yang penting untuk membuat permohonan:
TARIKH RASMI PERMOHONAN UPU Online | ||
Dibuka | Ditutup | |
AKAN DIKEMASKINI (1200 Tengahari) | AKAN DIKEMASKINI (1159 Malam) | |
TARIKH DAN KATEGORI PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK DI BSN | ||
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin unik di BSN mengikut kategori masing-masing seperti di bawah: | ||
Dibuka | Ditutup | |
AKAN DIKEMASKINI | AKAN DIKEMASKINI | |
Program Lepasan SPM (Setaraf) | SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA dan Sijil Kolej Komuniti | |
Program Lepasan STPM (Setaraf) | STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM |
KATEGORI PEMOHON | ||
Perlu diingatkan kepada pemohon, sebelum membuat permohonan perlu mengenal pasti kategori masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang kategori ini sila layari pautan di bawah: | ||
👉Maklumat Kategori Permohonan Lepasan SPM Setaraf | ||
👉Maklumat Kategori Permohonan Lepasan STPM Setaraf |
CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN MELALUI UPU ONLINE | ||
👉Untuk pemohon kali pertama, pemohon perlu mencipta akaun baharu bagi membolehkan anda membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA | ||
👉Log Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Akaun Baru untuk melengkapkan borang permohonan UPU Online. | ||
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN | ||
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai UPU online, pemohon boleh ajukan pertanyaan dengan melayari pautan berikut: | ||
👉Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) | ||
👉Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar |
MOHON SEKARANG!!! SEMOGA BERJAYA ...
Advertisement