PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KOLEJ MARA (KM) PROGRAM ASASI KOLEJ MARA KEMASUKAN JUN 2020




MAKLUMAT PERMOHONAN 

1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 5 Mac 2020 (Khamis) jam 5.00 petang hingga 1 April 2020 (Rabu) jam 5.00 petang. 
2. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
3. Pemohon hanya boleh memohon program pengajian peringkat asasi yang ditawarkan oleh pihak MARA seperti berikut:

BIL. PROGRAM DITAWARKAN KOLEJ MARA 

1. Asasi Sains Kolej MARA KM Kulim, Kedah
2. Asasi Kejuruteraan & Teknologi Kolej MARA KM Kuala Nerang, Kedah
3. Asasi Perniagaan Kolej MARA KM Kuala Nerang, Kedah
4. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.


SYARAT UMUM 

1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
2. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
3. Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
4. Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
5. MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

SYARAT KHUSUS 

1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2019.
2. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM ASASI KOLEJ MARA seperti yang diiklankan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-

Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
Email : upim.bpt@mara.gov.my
Facebook : Hi-Edu MARA - Kolej Profesional MARA
Twitter : Hi Edu MARA
Telegram : Hi Edu MARA
Instagram : Hi Edu MARA
Portal UPIM : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ 
WhatsApp : +6011-58521184
Muat turun aplikasi telefon pintar melalui aplikasi Google Play Store: Kolej MARA

Baca Juga : Senarai Biasiswa Lepasan SPM DiBuka Untuk Permohonan

TUTUP PERMOHONAN : 1 APRIL 2020 | MOHON SEGERA!! Advertisement